PENDAHULUAN

Kitab Mishkat al-Masabih disusun oleh Waliud-din Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah al Khatib al-Umari at-Tibrizi ( w. 741 H) atau lebih dikenali Khatib al-Tibrizi. Kitab ini menambah baik kekurangan yang terdapat dalam kitab Masabih al-Sunnah oleh Imam Al-Baghawi (W. 516 H).

Kitab ini boleh diibaratkan sebagai ringkasan kepada Sahih Bukhari di mana penyusunan isi kandungannya hampir sama dengan sahih tersebut. Apa yang membezakan di antara keduanya ialah bilangan hadis yang lebih banyak terdapat di dalam Sahih Bukhari dan juga taraf hadis. Pembaca kitab ini akan dapat menghayati tuntutan hidup seorang muslim berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Selain dari itu, perbahasan dipecahkan kepada beberapa fasal mengikut orientasi isi kandungan hadith memudahkan pembaca membuat rujukan kepada mana-mana hadith yang dikehendaki.

Penulis iaitu Imam Baghawi dan Imam al-Tibrizi ternyata tidak meletakkan hadith-hadith yang dianggap sahih sahaja di dalam kitab mereka. Ini menyebabkan bercampurnya hadith-hadith yang dhaif dan tidak boleh dijadikan hujjah dengan hadith-hadith yang sahih.

Memandangkan setakat hari ini masih belum terdapat mana-mana aplikasi digital yang memfokuskan kepada rujukan kitab Mishkat al-Masabih dan kesesuaian kitab ini untuk dijadikan sebagai sumber rujukan secara maya, maka pihak Elzar Shariah Solution Sdn Bhd sebagai pengurus projek ingin membangunkan sebuah aplikasi pintar atau apps yang diberi nama Masabih ini untuk memudahkan masyarakat dan Umat Islam di Malaysia khususnya untuk mendapatkan akses dan maklumat hadis dan fiqh hadis serta jawapan kepada persoalan-persoalan dalam kehidupan berpandukan hadis yang berkaitan secara terus dan pantas.

Web dan Aplikasi Mobil Masabih diharap dapat mencelikkan masyarakat Islam mengenai kepentingan hadis dan sunnah Nabi Muhammad SAW selain menjadi panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam keseluruhannya. Aplikasi ini akan dibangunkan secara sekali gus dan diwakafkan kepada masyarakat awam, ia akan boleh dicapai dan digunakan secara PERCUMA oleh orang awam.

KANDUNGAN KITAB

Kitab Mishkat al-Masabih disusun oleh Waliud-din Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah al Khatib al-Umari at-Tibrizi ( w. 741 H) atau lebih dikenali Khatib al-Tibrizi. Kitab ini menambah baik kekurangan yang terdapat dalam kitab Masabih al-Sunnah oleh Imam Al-Baghawi (W. 516 H). Beliau masih mengekalkan susunan bab seperti kitab asalnya tetapi hadis-hadisnya dibahagikan kepada tiga fasal pada setiap bab:

Fasal pertama

Fasal pertama

Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau salah seorang daripada mereka berdua.

Fasal kedua

Fasal kedua

Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh selain al-Bukhari dan Muslim.

Fasal ketiga

Fasal ketiga

Hadis-hadis tambahan yang tidak disebutkan oleh al-Baghawi dalam kitabnya Masabih al-Sunnah.

METODOLOGI PROJEK

Projek ini akan menggunakan metod perpustakaan. Kitab yang akan digunakan sebagai bahan rujuk sebagai maklumat utama dalam pembinaan aplikasi Masabih.com ini adalah Midraj ul-Fawatih yang merupakan susunan semula hasil gabungan dua kitab hadis terkemuka dunia yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu Masabih al-Sunnah dan Mishkat al-Masabih.

Melantik penterjemah & pensyarah hadis

Mengenalpasti dan melantik para penyemak ke atas terjemahan dan syarahan hadis

Melantik para ilmuwan untuk mengenalpasti status kekuatan hadis dan matan hadis iaitu dari sudut Sahih, Hasan atau Dhoif

Melantik ilmuwan hadis untuk melaksanakan takhrij kepada semua hadis yang dalam kajian.Terjemahan, syarahan serta status dan takhrij lebih 6000 buah hadis ini dijangka akan mengambil masa dalam setahun

Oleh kerana tempoh pelaksanaan dan pelancaran aplikasi ini mengambil masa yang agak singkat, pihak kami sebagai pengurus projek bagi aplikasi Masabih ini memerlukan dana yang besar untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Setakat ini, pihak kami sudah pun memulakan tugasan dan sekitar 5000 hadis sudah sedia siap diterjemah dan syarah ringkas. Ketika ini, semua syarahan dan terjemahan telah dimasukkan, sementara menunggu hasil semakan lapis kedua dan ketiga. Sejurus semakan lapisan kedua dan ketiga siap, kami akan memasukkan versi siap pinda ke web ini.

KOS PERBELANJAAN

Kos yang dicadangkan bagi projek ini adalah agak tinggi memandangkan ianya disusun khas oleh syarikat kami secara persendirian serta beberapa orang developer luar dengan anggaran dan target masa untuk menyiapkan projek ini untuk dibuat dalam masa setahun sahaja. Ini memerlukan bilangan developer dan penyemak yang ramai untuk memastikan segala kelancaran serta proses pembikinan web ini dapat berjalan dengan lancar dan cepat. Dianggarkan kos keseluruhan bagi projek ini adalah sebanyak RM 512,000. Namun pada ketika web ini mula boleh dilayari secara atas talian, jumlah derma baru mencecah sekitar RM 73,000 dan kami sudah pun menggunakan wang derma terbabit untuk pembikinan web ini serta membayar pakar hadis dan ilmuan untuk terjamahan dan syarahan walaupun BELUM dana mencukupi. Boleh derma kepada porjek ini di link berikut : https://myinfaq.org/kempen/projek-amal-jariah-ulung-pendigitalan-terjemahan-syarah-kitab-mishkat-al-masabih/

KETUA PROJEK DAN SEMAKAN

Prof.Adjung Dr Zaharuddin Abd Rahman

KETUA PENTERJEMAHAN DAN SYARAHAN

Ustaz Mustafar Mohd Suki

KETUA PENYELARAS

Ustaz Syafiq Nadzmi Zainul Abidin

PANEL PENTASHIH TERJEMAHAN, SYARAH DAN PENTAKHRIJAN

Maulana Dr Hanaffie Hasin

Ustaz Ukail Ahmad Sanif

Ustaz Afif Arsyad

Ustaz Abdul Mueed

Ustaz Luqman Hakim Syahbudin

Ustaz Ahmad Fareez Abdul Wahab

Ustaz Ikmal Hanifa Hamdan

Ustaz Ahmad Madani

Ustaz Suhaimi Judah

Ustaz Lutfil Hakim

Ustaz Muhammad Al-Amin

Ustaz Amirun Aiman Nor Rahim

Ustaz Ammar Azizi Hasri

Ustaz Kasyfi 'Ilmi Hishamuddin

Ustaz Amirul Syakiren Md Bazlan

PENDERMA JUMLAH BESAR

Bagi individu atau organisasi dan persatuan yang ingin menderma jumlah besar, boleh hubungi sekretariat di +6011 2067 7990